Wednesday, August 13, 2008

sukan waktu boring

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... (^^,)

lagu faveret

Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.c om


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Tuesday, May 27, 2008

Tersenyumlah

Illiyya Abu Madhi berkata dalam puisinya:

Dia berkata: “Langit sedih dan terlihat murung.”

Aku berkata: “Tersenyumlah!

Biar kemurungan itu ada di langit!”

Dia berkata: “Kesamaran telah merasuk!”

Aku berkata: “Tersenyumlah!

Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati.”

Dia berkata: “Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka jahanam. Dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Lanta bagaimana aku sanggup tersenyum?”

Aku berkata: “Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh hidupmu dalam kepedihan!”

Dia berkata: “Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hamper mati kehausan atau seperti singa yang haus darah. Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah.”

Aku berkata: “ Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya kecuali bila kau mahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasa engkaulah pendosa itu?”

Dia berkata: “Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihtku?”

Aku berkata: “Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka.”

Dia berkata: “ Musim telah jelas tanda-tandanya tergambar padaku di pakaian dan lukisan Sedang diriku mempunyai kewajipan tehadap kekasihkiu namun tidak ada satu dirham pn dikedua telapak tanganku.”

Aku berkata: “Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlahtermasuk orang yang tidak mempunyai kekasih.”

Dia berkata: “ Malam-malamku berlalu dalam kepahitan.”

Aku berkata: “Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung. Apakah dia aka melihatmu jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri?

Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan. Tersenyumlah….!Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan. Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang.”

Dia berkata: “Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia dating ke dunia ini dan tetap pergi walau terpaksa.”

Aku berkata: “Tersenyumlah! Selagi hayat dikandung badan selama engkaumasih hidup sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum.”