Sunday, November 28, 2010
KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Sunday, October 24, 2010
SIAPA YANG TAHU JAWAPANNYA?
Friday, September 17, 2010
tahniah telah berjaya mengharungi sekolah ramadhan dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1431 H
assalamualaikum......dan salam semua.........baru sahaja berlalu ramadhan......sekarang nak kejar puasa enam pulak....hem.............sepanjang beberapa bulan ini, banyak perkara yang telah membuat kita tersedar dan mencari apa yang selama ini memang sedang mencari...ntahlah..kekadang kita keliru dan banyak yang kita dikelirukan oleh diri sendiri....hem..........setelah perubahan kita ini yang tak sebesar mana dan masih lagi bertatih serta seringkali tersungkur....kita diikejutkan dengan kenyataan seseorang teman melihat apabila kita nyatakan padanya apa yang kita mahu cari"adakah kamu ini berpijak di bumi yang nyata?"..hem......aku jadi takut.....betul ke jalan yang aku tempuh ini..kita sedang mencari damai dan tenang di hati...sebab itu kita pulang ke kampung...kita sememangnya bagaikan layang-layang yang terputus talinya dan sekarang ia terbang mengikut arus angin Nya..kekadang kita jatuh dan kekadang kita melayang ditiup..terawang-awang tanpa hala tuju yang sebenar..(nasib baik kita tak jadi 'cik pontianak' ye terawang-awang itu, hehehe).......yang pasti kita tengah belajar dan masih cuba memahami semuanya milik Allah.....dan bagaimana mengubat hati........hem..........sepatutnya kita patut sedar sudah lama dulu......sekarang kita menjadi makin sayu dan sebak..........hati menjadi sedat dan sempit megharap keampunan Nya...tetapi rasanya masa bukan menjadi masalah dulu atau sekarang ia tetap tak berubah apa-apa......lagipun rasa ini.....membuat kita tersedar apa yang kita perlukan dan harapkan dan mungkin ini yang kita cari.....
There are five ways to ease the heart
Love the Qur’an by deepening your understanding of its meaning
Bow in prayer in the silent dead of night
Keep the company of good people
Learn to withstand the pangs of hunger
And never tire of the remembrance of Allah
If you can achieve but one of these…
Surely, God Willing, your fate will be assured by the Allmighty.
Thursday, April 1, 2010
Bila sudah bekerja....hohoho
Bila boss panggil :
Bila kena hadiri mesyuarat :
Bila waktu rehat :
Bila dapat projek baru dari boss :
Bila tengah cari idea untuk projek baru :
Bila projek yang boss bagi susah nak buat :
Bila otak jam... :
Bila 'client' banyak songeh dan berlagak pandai :
Bila 'client' tukar fikiran saat akhir :
Bila boss suruh kerja lebih masa (OT) :
Boss suruh datang pejabat waktu cuti ada projek 'urgent' :
Bila dah terbuat silap pada projek yang boss bagi :
Bila projek disiapkan dengan jayanya :
Bila projek gagal :
Bila dapat gaji : HAPPENING!!!
Wednesday, August 13, 2008
sukan waktu boring
Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa.. aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...
buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress..
pusingkan kepala...
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...
akhir sekali
buat joget kucing...
SELAMAT MENCUBA.... (^^,)
lagu faveret
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.c om
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta
Tuesday, May 27, 2008
Tersenyumlah
Illiyya Abu Madhi berkata dalam puisinya:
Dia berkata: “Langit sedih dan terlihat murung.”
Aku berkata: “Tersenyumlah!
Biar kemurungan itu ada di langit!”
Dia berkata: “Kesamaran telah merasuk!”
Aku berkata: “Tersenyumlah!
Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati.”
Dia berkata: “Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka jahanam. Dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Lanta bagaimana aku sanggup tersenyum?”
Aku berkata: “Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh hidupmu dalam kepedihan!”
Dia berkata: “Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hamper mati kehausan atau seperti singa yang haus darah. Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah.”
Aku berkata: “ Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya kecuali bila kau mahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasa engkaulah pendosa itu?”
Dia berkata: “Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihtku?”
Aku berkata: “Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka.”
Dia berkata: “ Musim telah jelas tanda-tandanya tergambar padaku di pakaian dan lukisan Sedang diriku mempunyai kewajipan tehadap kekasihkiu namun tidak ada satu dirham pn dikedua telapak tanganku.”
Aku berkata: “Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlahtermasuk orang yang tidak mempunyai kekasih.”
Dia berkata: “ Malam-malamku berlalu dalam kepahitan.”
Aku berkata: “Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung. Apakah dia aka melihatmu jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri?
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan. Tersenyumlah….!Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan. Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang.”
Dia berkata: “Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia dating ke dunia ini dan tetap pergi walau terpaksa.”
Aku berkata: “Tersenyumlah! Selagi hayat dikandung badan selama engkaumasih hidup sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum.”